Tuesday, February 01, 2011

Crita-critu Sepanjang Minggu..

Business MiB cam biasa...cuma minggu nie (5-6 Feb 2011) 'tutup kedai' balik kg ada kenduri kawin cousin. Lama jugak x balik kg....heheh...business last week agak slow sikit....mungkin faktor cuaca...mendung jer...biasa laa business minuman ais kisar nie time2 cam nie slow laa, tp alhamdullilah rezeki tetap ada...Last week MiB memberanikan diri untuk membuat mengiklankan service MiB dengan www.promosi.my . Ala iklan kecil2 jer dlm 'advertisement magazine' diorg yg katanya akan di edarkan dlm klang valley...kalu korang dpt magazine Promosi.My tu...try2 laa cari MiB kat column area F&B...mungkin keluaran bulan Februari 2011 nie kot....MiB pun x sabar nk tgk laa cam mana rupernya...almaklum laa business MiB nie kecil jer...mudah MiB akan mendapat sambutan...Amin...

MiB juga dh menapakn business MiB d Pasar Malam Kompleks Gurney, Keramat...Pasar Mlm nie setiap hari RaBu & SaBtu...tp MiB hanya 'buka kedai' hari SabTu sahaja buat masa nie. Korang lAyan laa gambar MiB kat Kompleks Gurney nie:

 Suasana ptg d PM Kompleks Gurney (Sabtu)



Model of The Year: MamaIceBlendz (hehehe)

MamaIceBlendz Family...yg tgh hirup iceblendz tu laa "Mama", yg kenet pakai baju tompok2 hitam tu bos kecik MiB.



Friday, January 07, 2011

MiB stuff


Official logo MiB & MiB Business Card design oleh > NiNiDesign 



Apron yang sempoi  bakal digunakan waktu di gerai: design & made by TiniHani .... suka sangat bila dpt tgk final products


~ Thanx uols ... Lovely jobs ~

Sunday, December 26, 2010

Pasar Tani Cochrane

Alhamdullilah...akhirnya MiB dapat menjadi sebahagian daripada warga Pasar Tani. Ini merupakan pengalaman pertama MiB bersama Pasar Tani. Hari nie (26.12.2010) merupakan hari pembukaan Pasar Tani Cochrane (berdekatan dgn SK Cochrane Perkasa & Petronas Jalan Cochrane) bermula jam 7.00am sehingga 12.00pm. Sambutan amat mengalakkan...tak sangka 1st opening day, ramai juga penggunjung yg datang dgn pelbagai gelagat.

Photo nie diambil waktu peniaga-peniaga PTC dh selesai waktu berniaga...sebahagian daripada gambar PTC..

          Kalau anda ke PTC (pasar tani cochrane) mai-mai laa singgah di gerai MiB no. 82. Senang cari aje Banner @ Banting MamaIceBlendz....itulah kami...

"Kami Sedia Menyediakan IceBlendz Yang Sedap Untuk Anda....Dah Cuba Pasti Nak Lagi"

Friday, November 19, 2010

Berakhirnyaa...MiB d Puchong Uptown

Untuk makluman kepada pengemar MiB...kami terpaksa menutupkan operasi kami di Puchong Uptown di sebabkan tapak uptown tersebut tidak lagi beroperasi selepas raya aidilfitri yg lalu. Buat masa ini MiB dalam usaha mencari tapak baru yang bersesuai.....insyaAllah, MiB akan maklumkan tapak baru MiB nanti.....Kepada event company @ anda yang ada info mengenai bazar, pasar malam, uptown yang bersesuai utk MiB bertapak, harap dapat informkan MiB d email : mib.redr@gmail.com atau sms 019-3978298.
Jumpa lagi............

Tuesday, August 17, 2010

~Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak~

Assalamualaikum...

Diam x diam..dh seminggu umat islam menyambut Ramadhan. Moga Ramadhan kali ini membawa keberkatan kepada semua. MiB masih beroperasi seperti biasa di Uptown Puchong setiap Jumaat & Sabtu dari pukul 9.30pm hingga 1.30am. Waktu operasi terdapat perubahan disebabkan oleh bulan Ramadhan. Insyaallah, MiB sedang berusaha mencari peluang untuk membuka cawangan di sekitar Kuala Lumpur. Mungkin perancangan ini akan bermula selepas raya Aidilfitri atau awal tahun hadapan. Mungkin terdapat banyak perubahan menu baru untuk pengemar ice blended MiB. MiB dalam usaha untuk memperbagaikan menu MiB dimasa hadapan. Nantikan sahaja ya....insyaallah......

Sekali lagi SELAMAT BERPUASA dari warga kerja MiB...
assalamualaikum...